Cari:
Vietnam: Program Loji Nuklear Jepun akan Dibatalkan
2016-11-14 14:07:04 CRI Cetak

Program pembinaan loji janakuasa nuklear yang dilaksanakan bersama oleh Jepun dan Rusia di tenggara Vietnam mungkin akan dibatalkan. Pelbagai pihak berkenaan sedang mengadakan rundingan berkenaan.

Pada 2010, Jepun telah mencapai perjanjian dengan Vietnam untuk mengeksport loji janakuasa nuklear. Projek tersebut sepatutnya dimulakan pada 2014, namun disebabkan gempa bumi dan kebocoran nuklear di Fukushima akibat gempa bumi di Jepun pada 2011, tarikh operasi projek tersebut terpaksa ditangguhkan beberapa kali.

Tokoh dari Parlimen Vietnam mengesahkan kepada akhbar The Asahi Shimbun bahawa rundingan yang diadakan kini bukan berkaitan penangguhan program itu lagi kerana ia mungkin akan dibatalkan.

The Asahi Shimbun melaporkan bahawa disebabkan perubahan pucuk pimpiman Vietnam dan peningkatan bajet pembinaan loji janakuasa nuklear dari USD10 bilion kepada USD27 bilion, pihak berkuasa Vietnam telah mengkaji semula risiko keselamatan dan kewangan pembinaan loji itu, dan akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan rancangan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China