Cari:
Duterte Mahu Tentera AS Berundur dari Filipina
2016-11-14 11:28:45 CRI Cetak

Menurut akhbar Wall Street Journal, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Jumaat lalu menyatakan bahawa beliau mahu pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari Filipina sebelum tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden tamat pada tahun 2022.

Beliau berkata "saya tidak mahu melihat tentera asing, sama ada AS atau Afrika, di negara ini."

Menurut laporan itu, kira-kira 100 anggota tentera AS ditempatkan di Mindanao, Filipina yang berperanan sebagai penasihat.

Duterte sebelum ini menyatakan "sudah sampai masanya untuk mengucapkan selamat jalan dengan AS". Beliau kemudian menjelaskan bahawa Filipina tidak akan memutuskan hubungan dengan AS, namun tidak mahu "mengaitkan politik Filipina dengan politik AS".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China