Cari:
Duterte Mahu Baiki Hubungan dengan China
2016-11-15 11:22:37 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini telah mengulangi pendiriannya untuk membaiki hubungan dengan China. Kenyataan beliau ini selaras dengan kepentingan kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam.

Beliau berkata kenyataan dan tindakan Duterte baru-baru ini telah jelas menunjukkan pendirian beliau untuk membaiki hubungan Filipina dengan China. Kini, hubungan China-Filipina banyak dibaiki. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Filipina untuk terus memperluas dan mengintensifkan kerjasama dan persahabatan kedua-dua negara, sehingga mencapai lebih banyak hasil yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Geng Shuang berkata, China sentiasa bersikap inklusif dan saling menguntungkan dalam mengembangkan hubungan dengan pelbagai negara. "Kami menyokong semua negara mengembangkan hubungan kerjasama persahabatan dengan sama rata dan saling menghormati. Hubungan seumpama ini dapat membantu memelihara keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau", kata beliau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China