Cari:
Malaysia Komited Kukuh Hubungan dengan AS
2016-11-15 10:46:03 CRI Cetak

Malaysia akan terus komited untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara lain yang terlibat dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA), sama ada perjanjian itu akan dilaksanakan atau sebaliknya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun negara yang terlibat dalam TPPA menyedari pandangan yang disuarakan oleh Donald Trump, yang dipilih sebagai Presiden, masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenainya, sebelum beliau memulakan tugas.

Apabila ditanya reaksi Malaysia jika AS gagal mengesahkan TPPA dan sama ada Malaysia akan bersetuju untuk merundingkannya semula, Najib berkata, "dalam kedudukan semasa, TPPA tidak boleh dilaksanakan tanpa pembabitan AS."

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China