Cari:
Malaysia akan Berusaha Jalankan Rundingan RCEP
2016-11-16 11:09:58 CRI Cetak

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam menyatakan Malaysia akan berusaha mendorong rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Beliau dalam satu kenyataan menjelaskan, situasi ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini menyebabkan para anggota RCEP bertekad merapatkan kerjasama untuk mencapai perjanjian berkenaan dengan secepat mungkin.

Malaysia juga anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Menteri itu berkata, kini nasib TPPA masih belum dipastikan. Perjanjian itu tidak dapat berkuatkuasa tanpa pembabitan Amerika Syarikat (AS). Malaysia akan mencari opsyen yang lain sekiranya TPPA gagal dilaksanakan.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghalang tindakan perlindungan perdagangan kerana ia akan menjejaskan perdagangan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China