Cari:
China dan Filipina Sedia Intensifkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan
2016-11-16 11:15:03 CRI Cetak

Delegasi Kementerian Perdagangan China yang sedang mengadakan lawatan di Filipina semalam menyatakan bahawa China bersedia mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Filipina.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Perdagangan, Wu Zhengping, kedua-dua pihak memutuskan akan memulihkan semula suruhanjaya bersama ekonomi dan perdagangan China-Filipina, dan memeterai pelan pembangunan enam tahun kerjasama China-Filipina pada awal tahun 2017.

Menurut beliau, rundingan antara kedua-dua pihak melibatkan pembinaan kemudahan infrastruktur termasuk landasan kereta api, lapangan terbang, dan lebuh raya, di samping menggalakkan perusahaan China melabur di Filipina dan membina zon perindustrian di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China