Cari:
Duterte akan Bertemu dengan Putin
2016-11-16 11:50:48 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sempena Sidang Kemuncak APEC ke-24 yang akan diadakan pada 19 hingga 20 November di Lima, ibu negara Peru.

Demikian dinyatakan Duterte dalam sidang media malam semalam.

Beliau juga mengesahkan kehadiran beliau pada sidang kemuncak tersebut.

Hasrat untuk bertemu dengan Presiden Putin telah disampaikan oleh Duterte kepada Duta Besar Rusia ke Filipina.

Duterte berkata beliau berharap dapat menjadi sahabat dengan Presiden Putin, supaya Filipina dan Rusia menjadi rakan yang rapat. Beliau mendedahkan bahawa ekonomi dan perdagangan mungkin akan menjadi topik utama dalam pertemuan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China