Cari:
Malaysia Cari Opsyen Lain Ganti TPPA
2016-11-17 11:12:34 CRI Cetak

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini menyatakan bahawa sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak dapat dilaksanakan oleh pemerintah Trump, maka Malaysia akan mencari opsyen yang lain termasuk mengadakan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara lain.

Beliau berkata, Malaysia akan mengadakan rundingan dengan 12 buah negara yang terlibat dengan TPPA yang belum mencapai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia termasuk Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat (AS).

Tambah beliau lagi, tumpuan Malaysia kini ialah Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RECP) yang melibatkan 10 negara anggota ASEAN dan enam negara rakan dagangan utama negara itu di rantau Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China