Cari:
Vietnam: Nasib TPPA Belum Dipastikan
2016-11-18 14:01:45 CRI Cetak

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dalam sidang kedua Kongres ke-14 semalam berkata, kerajaan kini tidak merancang untuk menyerahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Kongres untuk dibahaskan.  

Beliau berkata, pihaknya telah membuat persiapan untuk menganggotai TPPA. Namun disebabkan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan nasib perjanjian itu akan diserahkan kepada kerajaan Trump untuk dipastikan, Vietnam kini tidak merancang untuk menyerahkan TPPA kepada kongres.

Walau bagaimanapun, Vietnam akan terus komited untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan dunia, termasuk 11 buah negara yang terlibat dengan TPPA.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China