Cari:
Filipina, AS Eratkan Kerjasama Ketenteraan
2016-11-23 15:05:05 CRI Cetak

Ketua Turus Angkatan Bersenjata Filipina, Ricardo Visaya dan Komander Markas Pasifik Tentera Amerika Syarikat (AS), Harry Harris menegaskan lagi kerjasama erat antara angkatan tentera kedua-dua negara dalam rundingan di Manila semalam.

Kedua-dua pihak berharap dapat terus memperkasakan kerjasama dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana alam, antikeganasan serta keselamatan siber dan maritim.

Seorang pegawai tentera Filipina mendedahkan, Filipina dan AS akan mengecilkan skala latihan ketenteraan bersama dan mengurangkan bilangan askar AS di Filipina.

Namun, jurucakap pihak tentera Filipina memaklumkan masih belum mengetahui perkara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China