Cari:
Konflik Tercetus Lagi di Utara Myanmar
2016-11-23 16:16:50 CRI Cetak

Pertempuran sengit tercetus lagi antara tentera kerajaan Myanmar dengan kumpulan etnik bersenjata di kawasan utara yang bersempadan dengan kaunti Manghai, provinsi Yunnan China malam tadi.

Bunyi tembakan bertubi-tubi selama lebih 20 minit kedengaran penduduk di Manghai. Setakat ini, belum ada sebarang laporan mengenai kecederaan dan kematian.

Konflik itu turut menyebabkan kegiatan perdagangan di sempadan China-Myanmar terpaksa dihentikan.

Menurut pegawai Kementerian Perdagangan Myanmar, aktiviti perdagangan di kawasan sempadan akan digantung hingga situasi kembali stabil kerana kini keselamatan rakyat adalah perkara yang paling diutamakan.

Pada hari yang sama, Konsulat Besar China di Mandalay meminta warga China yang berada di Myanmar agar menjauhi kawasan konflik tersebut demi keselamatan diri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China