Cari:
Filipina, AS Batal Dua Latihan Tentera Bersama
2016-11-24 14:21:30 CRI Cetak

Dua latihan ketenteraan bersama antara Filipina dengan AS, iaitu Kerjasama Kesiapsiagaan dan Latihan (CARAT) dan Latihan Pendaratan Amfibia (PHIBLEX), akan dibatalkan pada tahun depan.

Namun, tentera kedua-dua negara masih akan mengadakan 258 latihan bersama, berkurang lima kali berbanding dengan tahun ini.

Persetujuan tersebut dicapai dalam rundingan antara Ketua Turus Angkatan Bersenjata Filipina, Jeneral Ricardo Visaya dengan Komander Markas Pasifik Tentera AS, Laksamana Harry Harris, di Manila semalam.

Menurut Visaya, keputusan untuk mengurangkan kekerapan latihan bersama itu dibuat atas permintaan Presiden Rodrigo Duterte.

Sebelum ini, Duterte berkali-kali menyatakan bahawa beliau menentang latihan ketenteraan bersama dengan AS dan kehadiran tentera AS di Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China