Cari:
Abdul Hadi Bentang Usul Pinda Akta 355 di Dewan Rakyat
2016-11-25 15:18:54 CRI Cetak

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian, iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau dikenali Akta 355 di Dewan Rakyat, namun usul tersebut ditentang oleh pelbagai pihak.

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Rakyat berkata, MCA komited untuk menentang usul itu dan pendirian tersebut tidak akan berubah.

Tidak kira berapa kali pun usul tersebut dikemukakan oleh Abdul Hadi, MCA akan tetap menyatakan bantahan.

Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri Dr S. Subramaniam pula berkata, MIC menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan Akta 355 di Malaysia.

Beliau dalam kenyataannya turut menegaskan, pelaksanaan undang-undang itu melanggar perlembagaan negara.

Tindakan Abdul Hadi untuk memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh diterima.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China