Cari:
China: Singapura Harus Patuhi Prinsip Satu China
2016-11-29 15:37:59 CRI Cetak

China menggesa Singapura mematuhi undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong berkenaan dan berpegang teguh kepada prinsip "Satu China".

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika mengulas insiden penahanan kereta perisai milik Singapura di Hong Kong.

Pihak media melaporkan, sebanyak sembilan buah Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex serta beberapa peralatan ketenteraan yang ditahan di Hong Kong sejak minggu lalu pernah menyertai latihan ketenteraan di Taiwan.

Menurut Geng Shuang, China telah mengemukakan bantahan kepada Singapura dan meminta negara itu berkoordinasi dengan kerajaan Hong Kong untuk menguruskan perkara itu.

Tegas jurucakap itu lagi, Beijing menentang sebarang "bentuk hubungan pihak rasmi negara lain dengan kawasan Taiwan, termasuk dari segi kerjasama ketenteraan"

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China