Cari:
Perjanjian HSR Malaysia-Singapura Bakal Dimeterai 21 Dis
2016-12-02 13:06:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perjanjian Kereta Api Laju (HSR) antara Malaysia dengan Singapura akan ditandatangani seperti yang dijadualkan, iaitu menjelang penghujung tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Abdul Rahman Dahlan, tarikh pemeteraiannya berkemungkinan besar pada 21 Disember.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Encik Abdul Rahman berkata, beliau sudah pun mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan pada 29 November lalu untuk membincangkan perjanjian tersebut secara terperinci. Kedua-dua juga pihak sedang mengambil tindakan susulan untuk mematuhi prosedur-prosedur dan keperluan undang-undang bagi menandatangani perjanjian itu.

(sumber: MediaCorp Singapura)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China