Cari:
Rusia, Filipina Bersedia Perkasakan Kerjasama
2016-12-06 14:01:08 CRI Cetak

Rusia, dan Filipina bersedia meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, teknologi ketenteraan, dan memperkasakan penyelarasan dalam pelbagai pertubuhan multilateral.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan rakan sejawatnya dari Filipina, Perfecto Yasay di Moscow semalam.

Lavrov dalam sidang media selepas rundingan berkenaan berkata, Rusia amat menekankan kerjasama dengan negara-negara ASEAN. Memandangkan Filipina akan memikul jawatan sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan, Rusia berharap membuahkan hasil dalam mengekalkan perhubungan dengan Filipina dan mengukuhkan kerjasama dengan pelbagai negara dalam rangka Sidang Kemuncak Asia-Timur, Simposium Kawasan ASEAN, Mesyuarat Perkembangan Menteri Pertahanan ASEAN dan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Selain itu, Lavrov juga berkata, Rusia dan Filipina sedang mengadakan kerjasama ketenteraan. Tetapi, kawasan Asia-Pasifik tidak perlu menubuhkan persekutuan ketenteraan.

Yasay menyatakan, Filipina bersedia mengintensifkan kerjasama dengan Rusia dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan dan keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China