Cari:
Najib Penuh Keyakinan Bentung Kejatuhan Ringgit
2016-12-09 15:44:21 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam menyatakan beliau yakin untuk membentung kejatuhan ringgit.

Najib berpendapat, RM sebenarnya tidak lemah dan kejatuhan kadar tukaranya hanya dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Trend ini masih belum dibalikkan, walapun Bank Negara Malaysia melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran tukaran asing yang terus membantu menaikkan kadar tukaran ringgit ke dolar AS. Menurut kadar tukaran terkini semalam, ringgit masih lemah berbanding mata wang utama Asia, contohnya kadar tukaran ringgit ke dolar Singapura jatuh pada 3.1246, iaitu rekod yang paling rendah. Selain itu, kadar tukaran ringgit ke yen Jepun, pound Britain dan euro Eropah juga terus jatuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China