Cari:
AS Beri Bantuan Dengan Prasyarat
2016-12-17 15:34:22 CRI Cetak

Menteri Luar Filipina, Perfecto Yasay semalam menyatakan bahawa sekiranya Amerika Syarikat (AS) bersahabat dengan Filipina dan bersedia menghulurkan bantuan kepada Filipina, maka negara itu tidak sepatutnya meletakkan prasyarat pada bantuan itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang keputusan AS untuk menangguhkan rancangan bantuan berjumlah besar kepada Filipina.

Menurut laporan media tempatan, Perfecto Yasay yang sedang mengiringi Presiden Ridrigo Duterte dalam lawatan di Singapura memberitahu media bahawa "sekiranya keputusan AS ini bertujuan membuatkan kami bertolak ansur, kami tak dapat. Kalau AS tidak mahu membantu kami, ini tak apalah. Namun kami menganggap bahawa AS, sebagai rakan, tidak wajar berbuat demikian."

Kedutaan Besar AS di Filipina semalam mengumumkan bahawa agensi AS yang bertanggungjawab atas bantuan luar, iaitu Millennium Challenge Corporation telah memutuskan akan menangguhkan bantuan berikutan rasa bimbang terhadap sistem undang-undang dan kebebasan warga negara Filipina.

Selepas Duterte menjawat Presiden Filipina, beliau mendorong tindakan antidadah sehingga banyak penjenayah pengedar dadah dikenakan hukuman mati. Ini telah menimbulkan kebimbangan beberapa pertubuhan hak asasi manusia dalam negeri Filipina dan beberapa negara seperti AS, bahkan mencetuskan pertikaian diplomatik antara Filipina dengan AS. Walau begitu, Duterte tetap komited untuk meneruskan tindakan membanteras pengedaran dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China