Cari:
Thailand Lulus Undang-undang Sekat Penghinaan Raja
2016-12-17 15:35:02 CRI Cetak

Parlimen Thailand hari ini meluluskan pindaan rang undang-undang berkaitan jenayah siber bagi menyekat sebarang unsur penghinaan terhadap kerabat diraja negara itu.

Walau bagaimanapun, kumpulan hak asasi mengkritik tindakan itu kerana orang ramai akan disekat daripada melayari sebarang laman web disebabkan oleh pemantauan lebih ketat selepas ini.

Kerajaan junta Thailand begitu tegas dalam kesalahan menghina kerabat diraja sejak mereka mengambil alih pemerintahan negara itu pada 2014.

Sejak kemangkatan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, pihak berkuasa telah menutup beratus-ratus laman web yang menghina atau mengkritik kerabat diraja.

Sumber dari Utusan Online.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China