Cari:
"Perubahan", Kata Hangat di Singapura 2016
2016-12-20 11:38:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perkataan bahasa Mandarin "变" yang bermaksud perubahan dipilih sebagai kata bahasa Mandarin yang paling hangat di Singapura pada tahun 2016.

Pemilihan perkataan bahasan Mandarin ini dianjurkan oleh akhbar "Lianhe Zaobao" sejak tahun 2011.

Panel yang terdiri daripada 10 tokoh terkemuka dari golongan pengajian, perniagaan, kebudayaan dan kesukanan telah memilih sepuluh perkataan bahasa Mandarin untuk diundi, antaranya wanita, handal, panas, bijaksana, perubatan, ganas, jaringan, bimbang, pemilihan dan pergolakan.

keputusannya, perkataan "perubahan" dipilih sebagai perkataan yang paling hangat pada tahun ini.

Keputusan ini mencerminkan perhatian masyarakat awam terhadap pelbagai perubahan yang berlaku di lingkungan sejagat pada tahun ini. Ini termasuk Britain berundur dari Kesatuan Eropah (EU), Donald Trump yang tidak berpengalaman dalam arena politik dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), serta Presiden wanita pertama di Korea Selatan, Park Geun-hye menghadapi pertuduhan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China