Cari:
Thailand, Indonesia dan Malaysia Meterai MoU Pembayaran Mata Wang Tempatan
2016-12-28 13:33:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Rangka Kerja Pembayaran Mata Wang Tempatan antara Bank of Indonesia, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand dilaporkan telah dimeterai baru-baru ini. Penandatanganan Mou tersebut bermakna ketiga-tiga negara itu akan meningkatkan penggunaan mata wang tempatan dalam pembayaran perdagangan dan pelaburan langsung pada masa depan.

Kenyataan Bersama yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga bank itu menyatakan bahawa perjanjian dua hala seumpama itu yang telah ditandatangani antara Indonesia, Malaysia dan Thailand dijangka akan meningkatkan keefisienan dalam aktiviti ekonomi dan kewangan antara ketiga-tiga negara, mengurangkan kos perdagangan bilateral, dan menyempurnakan pembayaran perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, MoU berkenaan membolehkan syarikat-syarikat import dan eksport di Malaysia menjalankan pembayaran perniagaan dan pelaburan melalui mata wang tempatan agar keberkesaan dalam mengawal risiko tukaran mata wang asing dapat ditingkatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China