Cari:
Empat Maut, Kapal Karam di Indonesia
2016-12-30 11:15:29 CRI Cetak

Sebuah kapal yang ditumpangi hampir seratus orang telah karam di kawasan perairan yang berhampiran provinsi Maluku Utara, timur Indonesia pagi semalam, dan mengakibatkan empat orang maut serta beberapa lagi hilang setakat ini.

Seorang pegawai daripada Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) provinsi Maluku Indonesia memberitahu wartawan bahawa kapal kayu tersebut terkena gelombang yang amat besar disebabkan angin kencang dalam perjalanan dari Ternate, ibu kota provinsi Maluku ke Jailolo, kabupaten Halmahera, yang akhirnya mengakhibatkan badan kapal itu rosak dan karam.

Menurut pegawai itu, setakat ini seramai 77 orang diselamatkan dan empat mayat ditemui penyelamat. Senarai penumpang menunjukkan kapal itu dinaiki 67 orang, namun jumlah penumpang yang sebenarnya dijangka lebih banyak daripada angka itu.

Menurut laporan media tempatan, empat mangsa yang maut tersebut adalah warga Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China