Cari:
China Sokong Pemerintahan Duterte
2016-12-30 14:57:38 CRI Cetak

China menyokong Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memerintah negaranya serta bersedia terus memperkasakan kerjasama saling menguntungkan untuk membantu Filipina mempercepat langkahnya dalam pembangunan. Demikian dikatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di Beijing semalam.

Akhbar The Manila Times melaporkan bahawa bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) pernah menyerahkan satu laporan kepada Setiausaha Jabatan Negara AS yang melibatkan "cetak biru" yang bertujuan menjejaskan bahkan menggulingkan pemerintahan Presiden Duterte.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan tersebut, Hua menyatakan bahawa sejak menyandang jawatan Presiden Filipina, Tuan Duterte giat menggalakkan pembaharuan sosial, membangunkan ekonomi, memerangi jenayah dan memperbaiki kehidupan rakyat. Duterte telah mendapat banyak sokongan di kalangan rakyat yang membuktikan langkah-langkah pemerintahan beliau bersesuaian dengan kepentingan negara dan rakyat Filipina. Sebagai negara jiran dan sahabat Filipina, China yakin Presiden Duterte mampu memimpin Filipina terus berkembang ke arah yang semakin makmur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China