Cari:
Abe Bakal Lawat Filipina
2017-01-12 15:48:01 CRI Cetak

Menurut Kementerian Luar Filipina semalam, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengadakan lawatan rasmi ke Filipina selama dua hari, bermula hari ini.

Dalam tempoh lawatan tersebut, Abe dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan berbincang tentang kerjasama antikeganasan, projek kemudahan pemulihan dadah, pembinaan infrastruktur, projek pembangunan dan kerjasama maritim.

Selepas pihak berkuasa Filipina mengeluarkan berita itu, pertubuhan wanita Filipina "Gabriela" da pertubuhan mangsa hamba seks Filipina hari ini mengumumkan akan mengadakan perhimpunan di Manila bagi menuntut kerajaan Jepun menyatakan permohonan maaf secara rasmi kepada mangsa hamba seks, di samping memberikan pampasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China