Cari:
Banjir: Presiden Xi Ucap Takziah kepada Raja Thai
2017-01-14 15:06:00 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan takziah kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn atas kehilangan nyawa dan kerugian harta benda akibat bencana banjir yang melanda selatan Thailand baru-baru ini.

Xi, bagi pihak kerajaan dan rakyat China, turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan rakyat Thailand yang berada di kawasan bencana.

Beliau menyatakan bahawa China bersedia menyediakan bantuan mengikut keperluan Thailand dalam operasi menyelamat.

Xi yakin, rakyat Thailand mampu mengatasi segala kesukaran dan membangunkan semula kampung halaman mereka di bawah pimpinan Raja dan kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China