Cari:
Yu Zhengsheng Ditemui Nguyen Phu Trong
2017-01-15 15:53:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong di Beijing baru-baru ini.

Yu Zhengsheng dalam pertemuan itu berkata bahawa hubungan China-Vietnam kini terus berkembang dengan sihat dan stabil. Kedua-dua pihak perlu mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi komunikasi strategik dan kesalingpercayaan politik, di samping memperkasakan kerjasama pragmatik dan interaksi sosiobudaya bagi menyuntik daya penggerak baharu kepada perkongsian kerjasama strategik komprehensif.

Nguyen Phu Trong pula berkata bahawa usaha mengukuhkan persahabatan tradisional dan perkongsian kerjasama strategik komprehensif merupakan konsensus yang dicapai kedua-dua negara.

Vietnam amat menghargai hubungan persahabatan antara Barisan Tanah Air Vietnam dengan CPPCC, dan berharap supaya kedua-dua pihak mengintensifkan lagi kerjasama dan interaksi bagi memperkukuh hubungan persahabatan di kalangan rakyat dan hubungan dua hala.

Selepas pertemuan itu, pemimpin kedua-dua negara telah bersama-sama menghadiri aktiviti memperingati ulang tahun ke-67 terjalinnya hubungan diplomatik China-Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China