Cari:
Duterte Komited Keselamatan Maritim
2017-01-16 14:58:52 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengumumkan di bandar Dovao petang semalam bahawa Filipina sudah memulakan tugas sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN.

Akhbar Business World Filipina melaporkan, semasa berucap dalam majlis perasmian, Duterte berjanji akan komited dalam usaha memelihara keselamatan maritim dan tadbir urus berdasarkan undang-undang.

Selain itu, beliau juga meminta rakan dialog ASEAN, termasuk Amerika Syarikat (AS) agar tidak mencampuri urusan ASEAN.

Menurut akhbar tersebut lagi, Presiden Duterte menyatakan bahawa disebabkan isu Laut China Selatan, Filipina, China dan beberapa negara lain telah terjebak dalam pertikaian wilayah.

Maka, Filipina komited untuk memfokuskan kestabilan serantau dan keselamatan maritim ketika menjadi pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini.

Namun, akhbar The Philippine Star dalam laporannya semalam berkata, Duterte dalam ucapannya tidak menyebut pertikaian Laut China Selatan, beliau hanya menyatakan tugas utama negaranya pada tahun ini adalah untuk menggalakkan kedamaian dan kestabilan serta berusaha untuk mendorong keselamatan dan kerjasama maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China