Cari:
Delegasi Menteri Filipina Lawat China
2017-01-23 14:20:05 CRI Cetak

Delegasi peringkat tinggi yang terdiri daripada lima orang pegawai peringkat menteri Filipina telah tiba di Beijing semalam untuk mengadakan lawatan rasmi selama dua hari yang bertujuan untuk melaksanakan hasil serta persepakatan yang telah dicapai antara pemimpin China dan Filipina pada tahun 2016.

Ketua delegasi tersebut, Carlos G.Dominguez ketika diwawancara media berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk terus mendorong kerjasama ekonomi antara Filipina dengan China.

Memandangkan China berpengalaman dalam sektor pembinaan infrastruktur, pihak Filipina berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan China dalam pembinaan landasan kereta api dan loji janakuasa elektrik.

Pegawai China pula menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan dengan lebih lanjut bagi memulihkan semula Jawatankuasa Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina yang sudah terhenti hampir enam tahun.

Selain itu, kedua-dua pihak akan membincangkan rancangan pembangunan enam tahun kerjasama China-Filipina, menentukan program kerjasama mengikut keutamaan dan mengadakan perbincangan tentang jadual program kerjasama tersebut.

Beliau juga berkata, kerjasama tersebut diharap dapat berlangsung dengan adil dan telus, serta selaras dengan undang-undang negara masing-masing.

Selain itu, China akan memberikan sokongan terhadap pembangunan ekonomi Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China