Cari:
Kawasan Pencarian Diperluas
2017-01-30 12:25:42 CRI Cetak

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot karam warga China di perairan Pulau Mengalum di negeri Sabah, Malayais disambung semula pada pukul 7.00 pagi tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini berkata, operasi SAR memasuki hari ketiga dan membabitkan kawasan pencarian yang lebih luas, iaitu diperluaskan hingga 1,500 batu nautika persegi dan sampai ke perairan Brunei.

Dikatakan, operasi membabitkan tujuh aset termasuk menggunakan pesawat Bombardier APMM dan C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selain turut dibantu Helikopter S92, Tentera Udara Negara Brunei bagi kawasan pencarian di perairan Brunei.

Bagi pencarian di laut, operasi dilakukan menggunakan Kapal Maritim (KM) Adil dan Kilat 40 APMM, selain Kapal Diraja (KD) Ganas dan KD Serang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China