Cari:
Indonesia: Sekatan Imigrasi AS Jejaskan Kerjasama Global
2017-02-03 13:38:48 CRI Cetak

Penggubalan dasar dalam dan luar negara merupakan hak kerajaan Amerika Syarikat (AS), walau bagaimanapun, kerajaan Indonesia berasa kesal akan sekatan imigrasi yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump kerana dasar tersebut akan membawa pengaruh negatif dalam kerjasama global bagi menghadapi krisis pelarian.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Armanatha Nasir dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Armanatha Nasir, untuk menghadapi ancaman keganasan antarabangsa, kerjasama multilateral amat diperlukan. Dasar AS tersebut tidak mungkin dapat menyelesaikan isu keganasan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, beliau juga menyatakan bahawa hubungan Indonesia-AS kini kekal baik, dan Indonesia akan terus meningkatkan kerjasama dengan kerajaan baharu AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China