Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Terus Meningkat
2017-02-05 14:33:41 CRI Cetak

Menurut laporan yang diumumkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini, kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia meningkat kepada 5% pada tahun 2016 daripada 4.8% pada tahun 2015.

Laporan tersebut menganalisis bahawa pertumbuhan ekonomi negara ini terus meningkat berikutan dasar ekonomi yang stabil dan penggunaan keluarga yang terus bertambah. Seiring dengan peningkatan kuasa beli pengguna, penggunaan keluarga menjadi peneraju utama bagi pertumbuhan ekonomi Indonesia. Di samping itu, Indonesia perlu mengekalkan pertumbuhan ekonomi secara berterusan dan pesat melalui peningkatan pelaburan.

Menurut laporan itu, kerajaan Indonesia telah mengambil beberapa langkah pembaharuan untuk memperbaiki suasana pelaburan dan menjana pertumbuhan ekonomi termasuk meningkatkan pelaburan dalam bidang pembinaan infrastruktur awam, mengurangkan kawalan kerajaan dan membuka lebih banyak sektor ekonomi kepada pelaburan swasta.

Laporan IMF juga berpendapat bahawa ekonomi Indonesia akan menghadapi cabaran akibat unsur yang tidak menentu global termasuk perubahan dasar kerajaan AS berkenaan. Oleh itu, kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia dijangka akan terus meningkat kepada 5.1% pada tahun 2017, manakala kadar inflasi pula akan naik daripada 3.2% pada penghujung tahun 2016 kepada 4.5% pada penghujung 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China