Cari:
Malaysia Kenal Pasti Identiti Mayat Pelancong China
2017-02-07 11:37:36 CRI Cetak

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu Malaysia semalam telah mengenal pasti identiti mayat yang dijumpai di kawasan perairan Sabah.

Mayat tersebut adalah mayat pelancong China dalam tragedi bot karam beberapa hari yang lalu.

Pihak polis Sabah Malaysia berkata, identiti mayat itu dikenal pasti melalui ujian DNA.

Pada ketika ini, pihak polis telah memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga mangsa.

Mayat wanita itu ditemukan di kedudukan lapan batu nautika barat daya Pulau Mengalum dan 13 batu nautika timur laut daripada tempat bot karam serta 20 batu nautika barat laut Pulau Tiga.

Setakat ini, jumlah kematian pelancong China mencatat empat orang, manakala empat lagi pelancong China dan seorang anak kapal masih hilang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim, Adam Aziz berkata, walaupun sudah memasuki hari ke-10, namun operasi SAR tetap dijalankan di kawasan seluas 2,000 batu nautika persegi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China