Cari:
Pekerja Lapangan Terbang Bangkok Isytihar Mogok
2017-02-07 15:49:48 CRI Cetak

Pekerja Syarikat ASM yang bertugas untuk memeriksa bagasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok telah mengisytiharkan mogok sejak pukul 10.30 malam pada 5 Februari lalu hingga mengakibatkan sesetengah penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Dilaporkan, sebanyak 300 pekerja syarikat tersebut mengisytiharkan mogok bagi membantah pembayaran gaji yang terlalu rendah, selain tidak mendapat bonus tahunan.

Mereka menuntut pihak Syarikat ASM menunaikan janji mereka untuk menyelesaikan isu tersebut.

Selepas mengadakan rundingan dengan para pekerja, mogok tersebut berjaya disuraikan pada pukul 8 pagi semalam.

Petugas Lapangan Terbang Suvarnabhumi berkata, mogok itu telah ditangani dengan segera.

Maka, perkara tersebut tidak membawa kesan buruk kepada para penumpang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China