Cari:
Telefon Pintar MI di Indonesia Bakal Jadi Keluaran Tempatan
2017-02-13 14:56:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
MI (Xiaomi), jenama telefon pintar yang terkenal dari China baru-baru ini mengumumkan syarikat itu telah memulakan pengeluaran telefon pintar MI di Indonesia dan pengeluaran telefon pintar tersebut akan menjadi seratus peratus keluaran tempatan pada tahun ini.

Kilang pengeluaran telefon pintar MI yang ditubuhkan di pulau Batam, Indonesia, dikenali sebagai bandar perindustrian, hab pengangkutan dan juga komponen penting dalam kawasan segi tiga emas antara Indonesia, Malaysia dengan Singapura.

Tiga syarikat tempatan Indonesia dilaporkan bekerjasama dengan MI dalam pelaksanaan program "buatan Indonesia".

Xie Feng, Duta Besar China ke Indonesia berkata, logo "Buatan Indonesia" pada telefon pintar MI menandakan kerjasama antara China dengan Indonesia telah melangkah ke tahap baharu.

Hal tersebut melambangkan kerjasama kedua-dua negara dinaiktaraf dari semata-mata perdagangan komoditi dan kontrak projek, ke pelaburan, pemindahan teknologi, latihan kakitangan dan kerjasama pengeluaran sehingga akan mewujudkan menang-menang pada peringkat yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China