Cari:
China Gesa Vietnam Siasat Insiden Keganasan terhadap Pelancong China
2017-02-13 13:28:01 CRI Cetak

Baru-baru ini, tiga warga China, yang dalam perjalanan pulang ke China setelah melancong ke Vietnam, telah diminta tip oleh petugas pos pemeriksaan kastam kawasan sempadan Vietnam.

Salah seorang lelaki telah dibelasah hingga cedera parah kerana menolak permintaan tersebut.

Kedutaan Besar China di Vietnam telah meminta pihak berkuasa Vietnam untuk menyiasat kes itu dan segera menjatuhkan hukuman kepada individu yang bertanggungjawab.

Selepas kejadian itu berlaku, wakil rasmi bandar Dongxing, Guangxi China yang terletak di kawasan sempadan dengan Vietnam telah mengemukakan bantahan kepada bandar Mong Cai, Vietnam melalui talian telefon serta menghantar rombongan untuk membincangkan kes itu dengan pihak Mong Cai, di samping meminta pihak berkuasa Vietnam menghukum individu yang terlibat, mengarahkan mereka meminta maaf kepada warga China berkenaan dan memberikan ganti rugi, selain bekerjasama bagi membantu siasatan.

Kedutaan Besar China di Vietnam juga menyatakan bantahan keras mengenai insiden keganasan terhadap pelancong China itu, serta menggesa kerajaan Vietnam untuk menyiasat kes itu dengan segera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China