Cari:
Akademi Sains China Rancang Bina Pusat Kerjasama dan Inovasi di Bangkok
2017-02-15 11:36:14 CRI Cetak

Akademi Sains China (CAS) memulakan secara rasmi pelan untuk membina pusat kerjasama dan inovasi Bangkok. Naib Presiden CAS, Zhang Yaping bakal menyandang jawatan Ketua Eksekutif pusat itu.

Menurut Zhang Yaping, pusat itu merupakan CAS di luar negara yang pertama dengan tujuan untuk menggalakkan inovasi antara China dengan negara lain serta memanfaatkan hasil inovasi tersebut dalam proses pengeluaran.

Pusat itu akan memikul tanggungjawab untuk mendorong syarikat di bawah CAS, institusi penyelidikan sains dan institusi pengajian tinggi mengambil bahagian dalam pembangunan komuniti ekonomi ASEAN serta memberikan sumbangan kepada komuniti inovasi ASEAN-China.

Pada Disember 2016, Presiden CAS, Bai Chunli dan Menteri Sains dan Teknologi Thailand, Pichet Durongkaveroj telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

Menurut MoU itu, berdasarkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan kerajaan China serta Rancangan Koridor Ekonomi Timur yang dilancarkan kerajaan Thailand, CAS bakal membangunkan Pusat Kerjasama dan Inovasi Bangkok, manakala pihak Thailand memberikan sokongan kepada kerja persiapan dan operasi pusat itu.

Menurut Zhang Yaping, pusat itu akan menggalakkan kerjasama sains dan teknologi, khususnya yang melibatkan isu-isu penting kehidupan rakyat, menggalakkan hasil penyelidikan sains dan teknologi dimanfaatkan di kawasan ASEAN serta melatih tenaga kerja profesional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China