Cari:
Singapura Peringati Mangsa Perang Dunia Kedua
2017-02-16 14:06:56 CRI Cetak

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Singapura (SCCCI) telah mengadakan satu upacara di depan Tugu Peringatan Mangsa Pendudukan Jepun yang terletak di pusat bandar Singapura semalam bagi memperingati mangsa-mangsa yang terkorban ketika Jepun menduduki negara itu dalam Perang Dunia Kedua.

Tarikh 15 Februari juga adalah Hari Pertahanan Menyeluruh Singapura.

Sebelum memulakan upacara, angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menunjukkan semboyan "pembatalan amaran" dengan harapan agar peperangan tidak akan berlaku lagi.

Kemudian, wakil dari SCCCI dan veteran tentera masing-masing meletakkan kalungan bunga pada tugu tersebut.

Kira-kira 1,200 tetamu telah memberikan tunduk hormat dan bertafakur selama satu minit.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Grace Fu Hai Yien ketika diwawancara oleh wartawan berkata, beliau berharap agar aktiviti yang diadakan pada saban tahun itu dapat memperlihatkan pentingnya usaha memelihara Singapura dan tanggungjawab tersebut terletak pada setiap warganegaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China