Cari:
Singapura dan Malaysia Pilih Rakan Kongsi Pembangunan Bersama HSR
2017-02-17 14:55:38 cri Cetak

MyHSR Corp Sdn. Bhd. Malaysia dan Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) telah mengeluarkan kenyataan bersama semalam yang mengumumkan kedua-dua negara telah memilih rakan kongsi pembangunan bersama untuk menawarkan sokongan pengurusan projek dan nasihat teknikal mengenai sistem serta operasi HSR, di samping membangunkan standard teknikal dan keselamatan untuk digunakan dalam projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Melalui prosedur tender yang ketat, Singapura dan Malaysia telah menganugerahkan kontrak Rakan Kongsi Pembangunan Bersama (JDP) untuk Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) kepada tiga anggota sebuah konsortium. Syarikat berkenaan ialah WSP Engineering Malaysia Sdn. Bhd., Mott MacDonald Malaysia Sdn. Bhd. dan Ernst & Young Advisory Services Sdn. Bhd.

Singapura dan Malaysia telah menandatangani perjanjian secara rasmi seawal 13 Disember 2016.

Pembidaan tender dijangka akan diselesaikan pada tahun ini.

Projek pembinaan dijangka bermula secara rasmi pada tahun 2018 dan berlangsung selama 10 tahun.

Landasan yang sepanjang kira-kira 350 kilometer itu akan mempunyai lapan stesen, antaranya tujuh stesen di Malaysia.

Jumlah pelaburan projek itu dianggarkan melebihi USD12 bilion (RM53.5 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China