Cari:
Singapura Tukar Nama Balai Pameran Pendudukan Jepun pada Perang Dunia Kedua
2017-02-18 15:48:37 CRI Cetak

Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura (MCI), Yaacob Ibrahim mengeluarkan kenyataan semalam yang mengumumkan pameran yang bermula pada 15 Februari lalu yang bertemakan "Balai Pameran Syonan: Perang dan Relik" ditukar menjadi "Tempoh Pedudukan Jepun: Perang dan Relik".

Yaacob dalam kenyataan itu berkata, dalam tempoh dua hari yang lalu, beliau telah menerima banyak surat daripada penduduk pelbagai kaum yang telah mengemukakan pendapat dan pandangan mengenai nama pameran itu. Melalui pertimbangan yang teliti, pihaknya memutuskan tidak menggunakan Balai Pameran Syonan lagi, digantikan dengan "Tempoh Pendudukan Jepun: Perang dan Relik".

Pada tempoh beberapa hari yang lalu, nama "Balai Pameran Soynan" mencetuskan bantahan yang kuat di kalangan masyarakat Singapura. Dalam tempoh Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menduduki Singapura dan membunuh orang beribu-ribu serta mengubah nama negara Singapura sebagai "pulau Syonan" secara paksa. Tokoh-tokoh kalangan masyarakat Singapura menganggap bahawa menamakan balai pameran bagi menceritakan sejarah yang ngeri itu dengan "Syonan" tidak betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China