Cari:
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Filipina
2017-02-21 11:34:56 CRI Cetak

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar ASEAN diadakan di Filipina hari ini.

Mesyuarat kali ini menarik tumpuan umum kerana ini kali pertama Filipina sebagai negara pengerusi ASEAN selepas Rodrigo Duterte menjawat Presiden Filipina.

Menurut akhbar Business World Filipina, semua negara ASEAN berharap agar Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) dimuktamadkan pada tahun ini bagi meredakan ketegangan di Laut China Selatan.

Menurut laporan Manila Bulletin semalam, kenyataan Kementerian Luar Filipina memaklumkan bahawa para peserta akan membincangkan isu pembangunan Komuniti ASEAN dalam mesyuarat tersebut, di samping Wawasan Komuniti ASEAN 2025 serta isu serantau dan antarabangsa akan menjadi perhatian bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China