Cari:
China dan Laos Adakan Perbincangan Diplomatik
2017-02-25 14:39:44 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin telah mengadakan perbincangan diplomatik masing-masing dengan Naib Menteri Luar Laos, Khamphao Ernthavanh dan Naib Menteri Luar yang juga pegawai kanan hal ehwal ASEAN negara itu, Thongphane Savanphet di Vientiane, Laos pada 23 dan 24 Februari lalu. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan tentang hubungan China-Laos dan kerjasama serantau.

Kedua-dua pihak bersependapat bahawa hubungan China-Laos telah mencapai kemajuan yang penting pada tahun lalu. Kunjungan peringkat tinggi kedua-dua negara kerap diadakan sepanjang tahun lalu. Kedua-dua pihak telah mencapai konsensus penting tentang kerjasama strategik komprehensif yang menetapkan hala tuju serta menyuntik daya dorongan bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Selain itu, pertukaran lawatan antara parti kedua-dua negara sering diadakan. Begitu juga dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Di samping itu, pertukaran modal insan semakin diperluas, projek landasan kereta api China-Laos sudah dimulakan. Kerjasama hakiki pelbagai bidang telah membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

Pihak China juga menegaskan akan terus mementingkan hubungan dengan ASEAN, menyokong pembinaan komuniti ASEAN dan kedudukan utamanya dalam kerjasama serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China