Cari:
Mesyuarat Mekanisme Kerjasama Peringkat Tinggi China-Singapura
2017-02-28 15:30:40 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean, sebelum bersama-sama mempengerusikan siri mesyuarat kerjasama bilateral di Beijing semalam.

Antara siri mesyuarat itu termasuk Mesyuarat ke-13 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral China-Singapura, Mesyuarat ke-18 Majlis Penyelarasan Bersama Taman Perindustrian Suzhou, dan lain-lain.

Zhang Gaoli berkata, China amat mementingkan hubungan dengan Singapura, di samping bersedia untuk bergabung tenaga dengan Singapura bagi melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan, sekali gus mendorong hubungan dua hala terus berkembang.

Teo Chee Hean pula berkata, hubungan Singapura-China amat rapat dan sudah menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Taman Perindustrian Suzhou, Bandar Ekologi Tianjin dan pelbagai projek kesalinghubungan kedua-dua negara mencerminkan keakraban dan keutuhan hubungan kerjasama dua hala.

Singapura bersedia untuk menyertai inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan memperkasakan hubungan kerjasama dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China