Cari:
Sistem I-Net Singapura Digodam
2017-03-01 16:05:55 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Singapura semalam mengumumkan sistem I-Net kementerian itu telah digodam pada awal bulan lepas.

Penyerang siber telah mencuri data peribadi daripada 850 anggota keselamatan Singapura dan pekerja kerajaan dalam satu percubaan mengakses rahsia pemerintah. Walau bagaimanapun, tiada dokumen sulit yang bocor.

Menurut kementerian itu, serangan siber tersebut mungkin sudah lama disasarkan dan dirancang dengan teliti.

Tujuannya adalah untuk mencuri maklumat sulit, namun berjaya dihalang oleh sistem I-Net.

Siasatan sedang dijalankan dan tiada serangan siber lain dilaporkan setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China