Cari:
Duta Besar: Kerjasama China-Malaysia Saling Menguntungkan
2017-03-12 16:51:07 CRI Cetak

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang setelah melawat pangkalan penghasilan Xinyi Glass, syarikat swasta China di Melaka, Malaysia menyatakan bahawa korporat pelabur China tidak melakukan apa yang disebut memonopoli suatu industri atau mengadakan persaingan gawat dengan korporat tempatan, sebaliknya membawa teknologi kepada Malaysia dan membantu mencipta peluang kerja.

Xinyi Glass antara korporat pembuatan kaca terbesar di China. Modal pelaburan bagi program tempoh pertama pangkalan penghasilan di Malaysia ini mencatat USD 200 juta (RM890 juta) yang sudah dimulakan pembinaannya pada 2015 dan dimulakan produksinya sejak penghujung tahun 2016. Pelaburan USD200 juta lagi bagi tempoh kedua bakal dimulakan pada 12 Mac ini.

Malaysia dilaporkan perlu memperuntukkan modal sebanyak RM1.3 bilion untuk mengimport kaca pada setiap tahun untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan. Namun setelah korporat China mula menghasilkan kaca bermutu tinggi di negaranya, Malaysia bahkah mampu mengeksport kaca kepada pasaran sekitarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China