Cari:
Prospek Melaka Gateway Usaha Sama China-Malaysia, Cerah
2017-03-12 16:04:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pembinaan Melaka Gateway usaha sama China-Malaysia dipercayai akan mengurangkan kebergantungan ekonomi Melaka terhadap industri pelancongan, dan pembinaan bandar ekologi baharu dalam projek tersebut dijangka akan menarik pelaburan dari sebanyak 800 buah syarikat di dalam dan luar negara pada masa depan.

Xiao Yufeng, petugas projek pembinaan Melaka Gateway pihak Malaysia berkata demikian ketika diwawancara oleh pemberita CRI baru-baru ini.

Ji Xiaoyong, Naib Pengurus Besar PowerChina International Group Limited (Sinohydro) yang menyertai kerjasama dalam pembinaan Melaka Gateway berkata, penglibatan Sinohydro dalam kerjasama pembinaan projek tersebut bukan sahaja disebabkan hubungan persahabatan antara China dengan Malaysia, malah juga disebabkan makna istimewanya Melaka dan Laksamana Cheng Ho bagi rakyat kedua-dua negara.

Difahamkan, kerajaan Malaysia dan kerajaan daerah Melaka dengan sepenuhnya menyokong projek pembinaan Melaka Gateway. Projek ini telah ditetapkan sebagai projek teladan dalam kerjasama bilateral China-Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China