Cari:
China Bantu ASEAN Basmi Kemiskinan
2017-03-16 11:27:30 CRI Cetak

China komited untuk membasmi kemiskinan di negara ini di samping menghulurkan bantuan kepada negara ASEAN dalam usaha tersebut.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara China, Liu Yongfu semalam.

Menurut beliau, China akan meningkatkan kerjasama pembasmian kemiskinan dengan negara ASEAN.

Selaku negara membangun terbesar di dunia, China perlu menjayakan usaha membasmi kemiskinan dalam negeri, di samping memberikan bantuan kepada negara lain, supaya mendorong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengemukakan inisiatif kerjasama membasmi kemiskinan di Asia Timur pada tahun 2014.

Model bagi program pembasmian kemiskinan telah dimulakan di Vientiane, ibu negara Laos pada tahun 2016.

Menurut rancangan, China akan bekerjasama dengan Laos, Kemboja dan Myanmar dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China