Cari:
Rang Undang-undang Pembaharuan dan Strategi Negara Thailand Diluluskan
2017-03-17 13:04:06 CRI Cetak

Naib jurucakap kerajaan Thailand, Werachon Sukondhapatipak menyatakan bahawa kabinet telah meluluskan rang undang-undang pembaharuan dan rang undang-undang strategi negara bagi memberikan panduan kepada pembangunan negara itu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menurut beliau, rang undang-undang pembaharuan melibatkan pembaharuan dalam 11 sektor, iaitu politik, pentadbiran negara, kehakiman dan perundangan, pentadbiran tempatan, pendidikan, ekonomi, sumber tenaga, kesihatan awam dan alam sekitar, media massa, dan hal ehwal sosial.

Manakala, rang undang-undang strategi negara yang merangkumi enam projek strategik pula digubal untuk mewujudkan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan berterusan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China