Cari:
Senjata Dijumpai di Rumah Pemimpin UDD
2017-03-20 16:00:59 CRI Cetak

Pihak tentera dan polis Thailand telah menjumpai banyak senjata setelah menggeledah kediaman pemimpin Barisan Bersatu bagi Demokrasi menentang Diktator (UDD) atau lebih dikenali sebagai kumpulan Baju Merah, Wuthipong Kochathamakun yang terletak di Pathum Thani pada 18 Mac lalu.

Menurut polis Thailand, pelbagai jenis senjata, antaranya termasuklah raifal M16, pistol, peluru, dan lain-lain telah disimpan di kediaman Wuthipong Kochathamakun.

Selain itu, buku akaun bank, pasport dan dokumen berkenaan dengan beberapa kumpulan politik juga ditemui.

Polis gagal mengesan Wuthipong Kochathamakun, namun berjaya menangkap seorang penjaga rumah tersebut.

Siasatan sedang dijalankan untuk mencari sumber dan penggunaan senjata tersebut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China