Cari:
Taman Industri Berkembar Terajui Kerjasama China-Malaysia
2017-03-23 13:50:54 CRI Cetak

Taman industri berkembar kini menjadi model yang baik dalam kerjasama China-Malaysia, khususnya bagi sektor perindustrian dan kapasiti pengeluaran.

Model kerjasama tersebut melibatkan usaha sama dalam penubuhan taman industri di kedua-dua negara, iaitu Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Industri Qinzhou China-Malaysia (CMQIP).

Kedua-dua taman industri peringkat negara itu kini berperanan sebagai jambatan yang menerajui pelaburan dan perdagangan, di samping merancakkan perkongsian maklumat dan teknologi perindustrian.  

Presiden Syarikat Pembangunan CMQIP, Dato' Ong Chong Yi berkata, taman industri itu menyediakan platform yang baik kepada syarikat korporat dari Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain untuk menembusi pasaran China, terutamanya syarikat yang mengusahakan produk sarang burung dan makanan halal.

Di samping itu, pelbagai keistimewaan turut ditawarkan kepada syarikat-syarikat berkenaan dari segi tanah, kewangan, kutipan cukai dan tenaga profesional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China