Cari:
Situasi Laut China Selatan Stabil
2017-03-24 15:50:03 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata di Beijing semalam, situasi di Laut China Selatan semakin aman dan stabil.

Oleh itu, China bersedia untuk berganding bahu dengan negara-negara ASEAN dalam usaha menggalakkan proses rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

Hua Chunying berkata, melalui usaha bersama China dan negara ASEAN, pihak-pihak yang terbabit telah kembali ke landasan yang betul, iaitu menyelesaikan perselisihan melalui rundingan.

Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) sedang dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, manakala draf pertama rangka CoC sudah siap digubal.

Tambah beliau, China bersedia untuk bersama-sama dengan negara ASEAN mendorong proses rundingan CoC dan menyelesaikan rundingan draf rangka CoC sebelum pertengahan tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China